Photobucket



Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Tempahan Secara Pos


Sekarang anda tidak perlu risau lagi kat mana nak jahit baju kurung dan sebagainya kerana saya bersedia memberi perkhidmatan itu untuk anda. Terutama bagi mereka yang berada di luar negara pasti sukar mencari tailor yang boleh menjahit baju tradisi melayu. Saya menerima tempahan secara online iaitu menggunakan Pos. Pada anda yang berminat menempah tetapi tinggal jauh dari MERU KLANG dan tinggal di luar SELANGOR, boleh juga menempah secara pos. 

Anda boleh menghantar baju contoh atau anda juga boleh mengukur baju contoh anda sendiri dan berikan ukurannya kepada saya. Ukuran adalah dalam unit inci ataupun cm (inci lagi bagus). Baju contoh yang dimaksudkan itu adalah baju yang anda rasa selesa memakainya. 


Ukuran yang diperlukan adalah:
  • labuh baju
  • labuh lengan
  • lebar baju
  • bahu
  • pesak atas
  • pesak bawah
  • ketiak
  • punggung
  • labuh kain

Contoh panduan untuk baju kurung:


-
Lebar Bahu
Diukur dari hujung bahu kiri ke hujung bahu kanan

- Lebar Dada
Diukur mulai dari dari bawah ketiak kanan baju ke bawah ketiak kiri baju.

- Panjang Baju
Diukur dari atas bahu baju ke bawah baju.

- Lebar Pinggang
Diukur dari hujung kiri bahagian pinggang kain ke bahagian kiri pinggang.

- Panjang Tangan
Diukur dari jahitan dibahu hingga ke hujung pergelangan tangan baju.

- Lebar Punggung
Mengukur bahagian punggung baju dari kiri ke kanan.

- Ketiak
Ukur luas ketiak baju.

- Pesak
Ukur luas pesak atas dan pesak bawah.

- Kekek
Manakala ukuran kekek baju dewasa adalah standard 3X3 inci.

- Labuh Kain
Diukur dari bahagian atas pinggang hingga ke bawah kain.

Mudahkan… Semoga Bermanfaat. Kalau masih tak faham sila tengok gambarajah di bawah ini.
 
Cara Mengukur Baju Kurung




















Cara Mengukur Kain


















 




Anda boleh mengepos kepada saya baju contoh sebagai UKURAN iaitu baju yang selesa dipakai ataupun mengunakan ukuran standard SS, S, M, L, XL atau pun anda juga boleh memberikan ukuran yang anda ukur sendiri.

Perhatian:
 Saiz standard adalah berbeza dari satu tukang jahit dengan tukang jahit yang lain. Saiz adalah mengikut baju contoh atau mengikut saiz standard seperti di bawah:


Panduan Ukuran Saiz Baju

S : Bahu = 14"
Labuh Baju = 38"
Labuh Tgn = 19"
Pinggang = 24"
Labuh Kain = 38"

M : Bahu = 15"
Labuh Baju = 39"
Labuh Tgn = 20"
Pinggang = 26"
Labuh Kain = 39"

L : Bahu = 16"
Labuh Baju = 40"
Labuh Tgn = 21"
Pinggang = 28"
Labuh Kain = 40"

XL : Bahu = 17"
Labuh Baju = 40"
Labuh Tgn = 21"
Pinggang = 30"
Labuh Kain = 40"



Tempahan baju siap selewat-lewatnya 4 minggu (bergantung kepada keadaan dan mengikut kelapangan serta tempahan yang ada) iaitu dari tarikh penghantaran kain.

Pengeposan Dan Penghantaran:
Kami akan membuat penghantaran baju yang telah siap dijahit sehari selepas baki bayaran selesai di jelaskan. (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum). Penghantaran oleh Poslaju akan mengambil masa 1-2 hari.

Anda boleh menyemak penghantaran dilaman web Pos Malaysia. Nombor rujukan akan diberi melalui emel atau SMS.

Untuk pelanggan yang menempah baju menggunakan Pos, harga upah baju yang dinyatakan diatas tidak termasuk kos pengeposan dan penghantaran.  

HARAP MAKLUM.


Langkah 1:
Lakukan deposit bayaran
CONTOH:
1. (RM20) untuk sepasang baju
2. (rm40) untuk 3 pasang baju


Langkah2:
POS kain anda serta contoh baju sebagai ukuran ke alamat rumah saya. (Kain sepanjang 4 meter cukup untuk membuat baju kurung wanita dewasa saiz sederhana. Bagi bersaiz xl @ xxl sila beritahu saya). Bagi tempahan melebihi sepasang, sila pastikan dan nyatakan / label kain serta contoh baju yang dipilih. Sekiranya maklumat kurang lengkap, saya akan menelefon anda untuk kepastian.

Hantar kain ke alamat:

JAHITAN FIZA
LOT 4685, 
Batu 71/2 Meru, 
42200Klang Selangor.

Maybank2u Logo Pictures, Images and Photos

NO ACC: 112399128352



Selepas menerima bukti pembayaran dan kain anda, pesanan anda akan diproses dalam masa seawal 2 minggu dan selewat-lewatnya 4 minggu (bergantung kepada jenis jahitan yang dipilih serta kuantiti tempahan).


Langkah 3:
Langkah terakhir adalah tunggu penghantaran baju anda (akan saya maklumkan pada anda sekiranya baju telah siap dijahit). Anda hanya perlu membuat BAYARAN PENUH @ BAKI BAYARAN SEKIRANYA TELAH MEMBUAT DEPOSIT SERTA CAJ PENGEPOSAN. Caj pengeposan akan dikenakan sama seperti caj yang anda kirim kepada saya. Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan pos baju yang telah siap serta contoh baju sebagai ukuran ke alamat yang anda berikan. Kain perca akan saya pulangkan kembali kepada anda atas permintaan.


Penghantaran Tempahan:

poslaju Pictures, Images and Photos


sky net Pictures, Images and Photos



1) Kami menggunakan perkhidmatan pos laju/Skynet.



2) Kos pengeposan adalah berdasarkan berat dan jarak tempat. Kos ini akan ditanggung oleh penempah.

3) Kos pos:

1 pc: RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah & Sarawak)
2 pcs: RM8 (Semenanjung) / RM12 (Sabah & Sarawak)
3 pcs: RM10 (Semenanjung) / RM17 (Sabah & Sarawak)
4 pcs: RM13 (Semenanjung) / RM22 (Sabah & Sarawak)

Sila ikuti setiap langkah yang diberikan mengikut turutan.
TERIMA KASIH.




Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...