Jika diperhatikan, fesyen baju masa kini kadang-kadang berputar kembali
dengan rekaan bentuk pakaian yang lama dengan sedikit
pengubahsuaian dibuat mengikut cita rasa terkini. Lihat sahaja bentuk baju kebarung, iaitu gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Pada sesiapa yang belum kenal baju kebarung, bentuk baju kebarung seperti bahagian hadapan baju kebaya kelepet serta mempunyai pesak dan kekek.
Baju kebarung sangat sesuai untuk wanita dan juga kanak-kanak perempuan kerana berpotongan longgar dan labuh malah bukan sahaja memberi keselesaan,
bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai. Labuh baju kebarung, biasanya di bawah sedikit paras lutut dan sesuai dipakai sama ada mereka yang berbadan kurus
mahupun gempal. Kain yang sesuai untuk baju kebarung ini adalah kain lipat batik atau lebih di kenali sebagai kain selisih. Pendek kata baju kebarung ni evergreen, everlasting. Kalau tak percaya cuba baca coretan pelakon ZAHIRIL ADZIM PELAKON JUVANA tentang betapa comelnya gadis berbaju kebarung.
Jika anda teringin memakai baju kebarung untuk ke ofis mahupun pergi menghadiri sebarang majlis, bolehlah menempah terus dengan akak.


Jika anda teringin memakai baju kebarung untuk ke ofis mahupun pergi menghadiri sebarang majlis, bolehlah menempah terus dengan akak.







0 comments:
Catat Ulasan