Photobucket



Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Tips Bagaimana Membeli@Memilih Kain


Pening, bercelaru dan berpinau mata nak pilih kain sumenya menawan kalbu...


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita seringkali rambang mata untuk memilih warna dan rekaan corak pada kain ela yang kita hendak beli. Maklumlah kekadang kita jadi keliru dan mengalami masalah dalam memilih corak fabrik dan tertanya² berapa meter untuk saiz badan atau sesuaikah kain itu dengan warna kulit. Jom kita tengok apa langkah² yg patut kita lakukan jika kita dalam keadaan keliru a.ka blur...hehe

Langkah pertama
Pergi ke kedai kain ela, jangan pergi ke kedai baju yang sudah siap (baju ready made), atau kedai baju bundle pulak.... :). Contohnya pergilah ke Gedung kain seperti di Nagoya, Kamdar, Gulatis atau Jakel. Biasanya gedung kain yang besar ni banyak pilihan.

Langkah kedua
Pilih kain yang sesuai dengan warna kulit dan saiz badan. Bagi berkulit kuning langsat, tiada masalah untuk memilih warna, kecuali sekiranya saiz badan yang agak montel tidak sesuai untuk memakai corak kain yang berbunga besar dan berjalur besar atau kecil yang melintang. Bagi yang berbadan gempal @ chubby, elakkan membeli kain yang bercorak sehala, seelok² belilah kain yang bercorak bebas. Maksudnya kain yang bercorak berterabur. Bukan apa kalau teringin juga nak memakai corak yang sehala boleh juga tetapi hendaklah ditambahkan quantiti meter kain tu. Lagi² kalau di kaki kain tu ada corak, memang payah si tukang jahit nak memotongnya.

Contohnya, biasa kalau beli 4 meter, elok tambahkan jadi 4 meter suku (41/4m). Ini bagi memudahkan tukang jahit untuk membuat kerja. Yalah kalau kita bagi kain 4 meter, tak ke kita mendera tukang jahit tu (akak dah biasa kene dera ngn kastemer). Bak kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri" Kalau tak pandai nak ukur tanya pada yang arif ya, baru beli kain. Kekadang ada kastemer ni tak faham atau saja buat tak endah jikalau kain yang di hantar nak buat baju tak cukup. Nasib badan la, gamaknya si tukang jahit yang pening kepala dibuatnya...huhhh. Lagi satu, jangan suka membeli kain yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya sukar untuk di buat baju, terpaksalah tukang jahit tu terkial2 memikir mcm mana nak potong...haha

Langkah ketiga
Bagi yang berbadan langsing ala-ala model mcm Diana Daniella tu.... Biasanya tiada masalah dalam memilih fabrik. Tapi elakkan dari membeli kain yang berwarna malap tau. Boleh beli, tapi cari tanah yang malap berbungakan yang terang dan berbunga besar. Biasanya kain yang sudah siap potong tiada masalah yang berbadan saiz kecil nie. Tapi janganlah pulak beli kain 3 meter suruh buat baju kurung pulak, 3 meter untuk budak 12 tahun bleh lah. Elakkan membeli kain yang berjalur² kecil kerana ini akan menampakkan susuk tubuh anda seperti papan ya. Kita rasa macam cantik, orang pandang akan berkata dalam hati "Eee... Kurusnya mcm lidi". Jadi pandai-pandailah dalam menentukan jenis corak fabrik ni ya!

Langkah keempat
Bagi yang berkulit hitam manis, eloklah memilih fabrik yang berwarna agak terang dan yang berwarna lembut. Bukan apa, kalau kita memilih warna yang tidak sesuai dgn warna kulit, ia akan menonjolkan lagi kegelapan kulit kita. Contohnya orang yang berkulit hitam manis tidak sesuai memakai warna hijau pekat, ini akan menambahkan lagi kekusaman kulit itu (sori, akak cakap yg betul ni). Tip yang paling sesuai ialah memilih warna kuning cair dan berbunga. Letakkan kain di kulit anda dan tanyalah rakan atau orang lain yang membeli kain di kedai itu. Jangan tanya tukang jual kain di situ, pastinya dia akan kata cantik. Dah nama pun jurujual, meniagakan...

Meter untuk saiz badan:
Bagi baju melayu, macam Khairul Che Mat (pemain bola yg tgh ngetop) tu 4 meter je dah cukup. Kalau badan yang besar, eloklah membeli 41/2 meter. Bagi yang sedang² besar belilah kain 4 meter suku (41/4).

Untuk kanak-kanak lelaki dibawah umur 4 hingga 6 tahun 21/2 meter kain di perlukan. Untuk kanak-kanak 7 hingga 10 tahun biasanya 3meter diperlukan. Untuk 11-14 tahun belilah 31/2 meter . Peringkat remaja ikut saiz badan 4 hingga 41/2 meter kain diperlukan.

Meter untuk wanita pula:
Baju kurung atau fesyen, 4 meter mencukupi bagi saiz badan yang normal. Bagi yang berbadan gempal @ gemuk, belilah 4 meter suku. Untuk jubah dewasa 31/2 meter sudah memadai.

Bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah anggaran kain adalah 2 meter. kanak-kanak usia 6-12 tahun  anggaran kain  lebih kurang 3- 3.5 meter. Usia 12-13 tahun 3.5 meter ikut saiz badan. Remaja 4 meter. Jika ada sebarang kemuskilan bolehlah tinggalkan komen kat bawah!




4 ulasan:

Dda Ly berkata...

thanks for sharing..:) dah lame sgt x menjahit..tgk blog awak ni, teringin pulak nk menjahit balik..

meh ke rumah..
~mentor 5~
keep in touch ye..♥♥♥

org bertanya :) berkata...

mcm mana klu terbeli kain yang dh terpotong 3m suku, bidang 60...berkaki atas bawah, boleh ke dibuat baju kurung?

Enna Share berkata...

Kalau budak 9 tahun, nak buat jubah kain beli brapa met?

ribhan zafira abdul rahman berkata...

salam... nak tanya..

1. lerang 45 = 4 meter, lerang 60 ?
2. lerang 45 = 3 1/2 meter, lerang 60?
3. lerang 45 = 3 meter, lerang 60?
4. lerang 45 = 5 meter, lerang 60?

terima kasih..

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...