Photobucket



Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Penjagaan Baju Manik dan Kristal


Secara umum pakaian yang cantik, untuk menjaga pun agak leceh dan cerewet sedikit. Contohnya kalau anda mempunyai kain yang mahal seperti sutera, chiffon, broked mahupun satin. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Maklum saja kos upah jahitan pun sekarang agak mahal mahal. Begitulah jua dengan baju yang disulam dengan manik dan berbatu kristal. Jikalau upah tempahan mahal, hendak menjahit pun susah, cara menjaga pun susah jugalah :).

Biasanya harga jahit baju nikah atau tunang ini sebenarnya dua kali ganda dari baju biasa sebab perlu lining andai material dari jenis lace mahupun chiffon, tailor perlu buat dua keje sekaligus, sebab kesusahan hendak menjahit kain lace yang bermacam-macam jenis. Jika jenis kain lace simple agak mudah, tetapi kalau yang bermanik-manik, berlabuci(sequins) dan berbatu kristal, tugas tailor jadi complicated untuk mengunting dan menjahit kerana harus teliti serta berhati-hati. Memang tidak dinafikan susah benar hendak menjaga baju yang bermanik dan berkristal. Perlukan kesabaran dan ketelitian.

Kristal mahupun manik merupakan aksesori yang sangat cantik jika dipadankan di fabrik pakaian. Selain daripada memeriahkan fesyen fabrik tersebut, kristal dan manik juga mampu memberikan keyakinan kepada si pemakai. Namun, jika pemakai tidak mengetahui kaedah menjaga material fabrik yang berkristal atau bersulam manik, ia mungkin akan menyebabkan hasil kristal dan manik di fabrik tersebut akan pudar di telan zaman.


Jadi, pada kali ini, mari kita ketahui kaedah dan tips penjagaan kristal dan manik anda.

1. Jika anda seorang yang memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

2. Jangan merendam terlalu lama pakaian berkristal atau bermanik. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

3. Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika berwap, gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.





Rekaan Baju Tunang

Baju tunang lace putih kain kembang potong payung lengkap dengan veil atau layah



Baju kurung potongan riau leher cekak musang cantik digayakan di majlis pertunangan



Rekaan baju ini agak seksi dan moden dengan kain potongan duyung yang meleret di belakang



Rekaan baju kurung moden di taburi sulam dan manik, kelihatan manis bila digayakan



Simple dan elegant



Gadis ini tampak ayu dengan rekaan baju kurung lace dan selendang



Baju bertunang yang simple dan ringkas tapi masih tetap menawan



TIPS ISTIMEWA UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Kebiasaannya warna baju untuk majlis bertunang adalah warna-warna pastel yang lembut seperti putih krim, biru muda, merah jambu, hijau muda dan beige.

  1. pemilihan baju bertunang mestilah dari warna-warna lembut, kebiasaanya warna pilihan adalah putih atau krim
  2. rekaan yang sesuai adalah baju kurung moden & kebaya dan tidak terlalu terdedah
  3. sentuhan manik dan labuci tidak terlalu penuh
  4. solekan tidaklah terlalu tebal (natural) bersesuaian dengan majlis

Ramai gadis yang bakal bertunang pada masa kini memilih untuk kekal sopan dan menutup aurat. Gaya bertudung atau lebih dikenali busana muslimah menjadi pilihan generasi sekarang dalam memastikan majlis bertunang mereka tetap bergaya dan kelihatan sopan. Selain tudung biasa yang ringkas, ia turut diindahkan dengan padanan selendang yang dihias dengan renda, manik atau sulaman. Ia juga boleh disesuaikan lagi dengan veil lace labuh yang menjadikan si gadis nampak bergaya dan moden.

Apabila memperkatakan tentang tudung, ia sebenarnya dapat membantu wajah asal tampil cantik apatah lagi kita mampu memberi kelainan kepada si pemakai. Mana tidaknya, tudung mampu menyembunyikan bentuk wajah bersegi atau bulat. Jika potongan tudung dipelbagaikan, ia lebih nampak kemas dan menarik berbanding dengan wanita yang tidak bertudung.

Namun, fesyen ini tidak lagi terikat dengan busana baju kurung atau jubah kerana sentuhan moden lebih menarik apatah lagi dipadan dengan fabrik terkini seperti kain sifon yang popular disaat ini. Material lembut seperti sifon sesuai untuk dijadikan baju bertunang kerana ia mewujudkan gaya mewah. Bagaimanapun, potongan baju perlu diberi perhatian agar tampil lebih ayu dan feminin.

p/s: foto diatas bukan milik persendirian...hanya google secara rawak









Ingin baju Nikah Yang Cantik?


Koleksi Pakaian Akad Nikah


Setiap wanita mempunyai impian untuk bersanding di atas pelamin dengan memakai baju pengantin yang cantik bak seorang puteri raja. Pasti anda tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung dan tentunya semua orang ada impian memakai baju akad nikah yang cantik dan vouge sebagai kenangankan? Ini kerana kenangan menjadi ratu sehari akan dikenang seumur hidup. Sudah menjadi satu kemestian kepada bakal pengantin untuk mengenakan pakaian atau busana pengantin agar lebih menyerlah di hari bahagia nanti, kerana ketika itu pasti anda akan menjadi tumpuan dan perhatian.






Sebenarnya bukan semua fabrik sesuai dengan tubuh seseorang jadi anda perlu berhati-hatilah dalam memilih jenis kain. Pilihan fabrik memainkan peranan penting kerana walaupun di dalam potongan sederhana, persalinan tetap akan kelihatan mempesonakan. Kain atau fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah ialah fabrik sifon(chiffon). Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mungkin kerana strukturnya yang lembut dan sejuk di pakai.

Disarankan supaya anda menggunakan fabrik sifon polos kerana cirinya yang ringan dan beralun tampak cantik apabila dipotong mengikut susuk tubuh. Sebenarnya fabrik sifon amat sesuai sekali dengan pelbagai fesyen baju pengantin. Fabrik sifon sering dibuat baju kebaya pendek dan baju kurung moden.





Fabrik sifon terdapat dalam pelbagai corak dan warna, biasanya digabungkan bersama satin sebagai pelapik. Fabrik sifon ini amat ringan dan sensitif, ia memerlukan penjagaan yang baik dan teliti. Di cuci hanya dengan cucian kering. Fabrik sifon ini menampilkan kelembutan pada si pemakai oleh kerana itu ia sering digunakan untuk majlis akad nikah. Jom kita tengok pelbagai gaya artis sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.

Jika anda memilih kain sifon yang lembut bolehlah menggunakan pelapik yang bewarna terang menampakkan lebih garang dan jika mahu tampil dengan warna senada dan lembut pilihlah pelapik yang sama warnanya. Pilihan sifon georgette akan menampakkan ia jatuh (flow) apabila digayakan baju pengantin. Baju pengantin anda akan lebih terserlah dengan taburan manik dan sequin. Sebagai panduan untuk anda, mainan tona lembut seperti biru firus, merah jambu dan kuning cair menjadi warna paling hangat pada musim ini. Penjagaan bagi mengelakkan kain jenis sifon ini cepat rosak sebaiknya ia hendakah di letakkan kedalam sarung pakian dan di gantung.






Fabrik sifon terdapat dalam pelbagai corak dan warna, biasanya digabungkan bersama satin sebagai pelapik. Fabrik sifon ini amat ringan dan sensitif, ia memerlukan penjagaan yang baik dan teliti. Di cuci hanya dengan cucian kering. Fabrik sifon ini menampilkan kelembutan pada si pemakai oleh kerana itu ia sering digunakan untuk majlis akad nikah. Jom kita tengok pelbagai gaya artis sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.





Kenali jenis-jenis fabrik yang sesuai untuk persalinan perkahwinan. Beberapa info lebih lanjut mengenai fabrik untuk pengantin diambil dari majalah NONA April 09.

RENDA
-Kesan romantik dan feminin akan terserlah dengan kesan dominan renda. Renda juga terdiri daripada jenis contohnya renda Chantily yang halus & boleh melapisi bahan kaku. Lyon yang mempunyai nuasa 'border', Alencon yang mempunyai nuansa bungaan dan renda Vanesia yang umpama jaring dan mempunyai border.

BROKED
-Bahan sulaman yang timbul umpama gelombang. Jika ingin dilihat mewah, pilih warna emas. Sulaman broked Cina lagi bagus coz ia lebih 'detail' and kompleks.

SATIN INDIA/SHANTUNG/SATIN THAI
-Fabrik ini ditenun dari 2 kepompong. Permukaan kain tak rata tapi fabrik ini halus dan elegan. Fabrik ini tak melambai tapi lebih ringan dari satin Duchesse. Sangat sesuai untuk gaun kembang.

TULE
-Cirinya ringan dan berjaring halus. Biasanya digunakan sebagai skirt di bahagian dalam gaun. Namun boleh juga digunakan di bahagian luar gaun.

SATIN
-Dibuat dari kapas atau sutera. Sangat lembut dan licin apabila dipegang. Untuk kesan elegan, satin Duchesse adalah pilihan tepat. Satin sintetik pula berat dan hanya sesuai untuk pakaian dalam.

TAFET
-Pilihan terbaik untuk gaun. Halus, berkilat, berbunyi gemersik namun tatap selesa apabila dikenakan.

DEVORE
-Fabrik ini lembut dan memiliki pola khusus. Mempunyai rekaan unik dan tidak sesuai untuk semua golongan pemakai. Kalau kena dengan rekaan, gaun akan nampak lain dari kebiasaan.

p/s: foto ini di jumpai dan di download secara rawak







Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...