Photobucket



Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Tips Padanan Jubah Dan Tudung




Berfesyen atau bergaya memang seronok. Ini kerana apabila kita mempunyai imej yang menarik secara tidak langsung orang lain dapat menilai kita. Tambahan lagi bagi anda yang bekerjaya. Pasti inginkan imej yang menarik. Selain itu melalui pakaian seseorang juga boleh memberikan penampilan yang pelbagai. Antaranya anda akan tampak lebih muda, tua, kurus dan gempal. Paling menyeronokkan apabila pakaian yang dikenakan oleh anda mendapat pujian daripada suami dan rakan sepejabat. Walau bagaimanapun dalam keasyikkan kita berfesyen jangan sesekali melanggar syariat yang ditetapkan. Jangan kerana ingin cantik, dosa bertambah. Di sini di tampilkan variasi jubah seluar yang cantik sebagai panduan.

1- Jika anda memakai baju bercorak atau berbunga, pastikan warna tudung anda adalah warna yang paling sikit yang ada pada baju anda. Contohnya, jika baju anda mempunyai warna hijau yang paling sedikit pada coraknya, maka anda perlu pilih tudung yang berwarna hijau.

2- Bagi mereka yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Warna tudung dan jubah perlu senada. Namun, warna tudung perlu lebih cerah berbanding jubah.

3- Bagi anda yang berkulit putih, disyorkan untuk memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender agar wajah anda sentiasa kelihatan segar. Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

4- Untuk penampilan lebih ceria, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah, seperti warna merah jambu, kuning dan biru.

5- Untuk anda yang berwajah bulat, pastikan anda memilih tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh bagi mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus. Wajah atau muka anda pasti berubah apabila memakai tudung.

6- Pilihlah tudung yang bersesuaian dengan wajah anda. Jangan memakai tudung daripada material yag lembut contohnya fabrik jenis satin. Ia akan membuatkan muka anda bertambah bulat.

7- Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti menggelembung.

8- Anda tidak perlu takut untuk menggayakan pelbagai jenis model tudung tetapi pastikan anda tahu teknik pemakaian yang betul. Cuba biasakan untuk tidak memakai baju dan tudung yang mempunyai warna yang sedondon.



Tiada ulasan:

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...