Assalamualaikum kepada pelawat blog ✿Jahitan Fiza❤...
ni entry dari blog akak yang akak tulis sejak APRIL 2010
beberapa entry di fb beliau di ambil dari blog akak
Dengan kesalnya disini akak ingin memberitahu bahawa blog akak telah di ciplak (copy paste). Beberapa kekeliruan timbul dari pembaca blog akak yang menyangka akak telah meniru penulisan beliau.... Sebenarnya blog jahitan ni bermula dari bulan April 2010 lagi dan akak amat berterima kasih kepada informer ^__^ . Beberapa entry dan artikel blog akak telah di letakkan di Facebook beliau serta telah mengedit ✿Jahitan Fiza❤ kepada ✿Pusat Jahitan Atiqah❤. SULUH LAGI NYATA BELIAU TELAH MENGAMBIL artikel yang akak tulis. Orang yang sedemikian sebenar-benarnya tak tau malu dan tak sedar diri so solution diaorang adalah copy paste dan menceduk idea serta hasil ilham orang lain. Kalau ya pun nak sangat ceduk artikel akak apa salahnya minta izin dulu, takpayah tiru bulat2 ok.... Kita sama-sama mencari rezeki dibumi Allah yang bertuah ini. "Kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan adalah dari diri kami sendiri".






















